reach us
Please feel free to contact us. We will get back to you with 1-2 business days. Or just call us now.
Diploma Pengajian Maklumat
Course Details
Deskripsi Program Diploma Pengajian Muamalat (DPM)
Program Diploma Pengajian Muamalat (DPM) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
- Fiqh Muamalat
- Kewangan Islam
- Pemasaran Islam
- English for Muamalat
- Keusahawanan Islam
- Bahasa Arab Muamalat
- Pengurusan Wasiat & Hibah
- Prinsip Pengurusan Takaful
- Economics & Finance from Al-Quran & Hadith
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:
- Memahami dan menguasai ilmu pengurusan perniagaan berlandaskan Prinsip Islam.
- Berupaya mengaplikasi ilmu pengurusan perniagaan Islam.
- Berupaya mengenal pasti isu-isu pengurusan perniagaan Islam secara kritis serta mencadangkan penyelesaian secara kreatif.
- Menguasai kemahiran komunikasi untuk menjelas dan mengupas isu-isu pengurusan perniagaan Islam.
- Berupaya berkerja secara berpasukan dalam kepelbagaian latar belakang kepercayaan, agama, dan budaya.
- Mengamalkan nilai, norma, etika, adab, dan profesionalisme dalam pengurusan perniagaan Islam.
- Menghayati keperluan belajar sepanjang hayat dan pengurusan maklumat untuk tampil sebagai pembantu pengurus perniagaan dan pemimpin yang berwibawa.
- Berupaya mengaplikasi kemahiran keusahawanan sebagai nilai tambah untuk mengurus perniagaan dan memimpin masyarakat Islam.
- Berupaya mempamerkan ciri pengurus perniagaan dan pemimpin Islam yang matang dalam mendepani cabaran ummah kontemporari.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga (3) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan lulus Matematik atau yang setara; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau yang setara; ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3, KKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau kelayakan yang
setara; ATAU
- Mana-mana kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh Badan Kerajaan Malaysia. DAN
- Lulus matapelajaran Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya. *Bagi calon yang tidak mempunyai kelulusan Bahasa Arab di peringkat SPM atau setara akan mengikut mata pelajaran pengukuhan Bahasa Arab di awal pengajian.
- April
- Jun / Julai
- September
- Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM20,948.00
- Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM25,028.00
- Yuran Penginapan Asrama : RM4,080.00
Graduan Program Diploma Pengajian Muamalat (DPM) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajaan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Diploma Pengajian Muamalat (DPM) bekerja merangkumi:
- Pengurusan Kewangan
- Pengurusan Kredit
- Pengurusan Takaful
- Shariah Audit
- Hartanah & Pelaburan
- Pemasaran & Operasi
- Pengurusan & Pentadbiran
Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Diploma Pengajian Muamalat (DPM) merangkumi:
- Pegawai kerani / Pembantu tadbir / Kerani Kanan
- Assistant executive / junior management trainee
- Jurujual / marketer / sales agent
- Pembantu Eksekutif
- Penolong Pegawai Pentadbiran
- Pembantu Pemasaran
- Consultant
- Shariah Assistant Auditor
- Penolong Pegawai Pemasaran Shariah
- Penolong Bendahari
- Penolong Pegawai Pembiayaan Islam & Pembangunan Produk
- Penolong Pegawai Pengurusan & Pemantauan Kredit
- Penolong Pegawai Pembangunan & Pembiayaan Perniagaan
Graduan Program Diploma Pengajian Muamalat (DPM) memiliki peluang untuk menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam dan Universiti Swasta yang ada menawarkan program:
- Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) Dengan Kepujian
- Bachelor Of Business Administration (Hons) In Islamic Finance
